Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan
kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara
duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang
berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.
Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku
akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan
keluarga. Aku pasrah.
Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat
Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa
mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir
bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para
hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
Ana dah jadi isteri! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah
tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit
juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi
tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada
suamiku tatkala ijab kabul.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku
suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan
pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nantiâ. Tiba-tiba
sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat
melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
Assalamualaikum! Sapa suatu suara yang mematikan tafakur
tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku
masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat
kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan
ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian
begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
Sayang..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan
memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya.
Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin
emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
Abang. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan
lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan
abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati
abang..Bisikku perlahan. Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita
bina keluarga yang bahagia. Janjinya padaku.
Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak
pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak
kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja.
Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang
rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku
melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka
mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan.
Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak.
Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin
putih. Kami dah berpakat begitu.
Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku
seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan.
Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat,
cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga
sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan
dengan Ana . Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami
minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah
yang memulkan bicaranya.
Apa dia ayah, mak? Macam penting je. Soalku tanpa menaruh
sebarang syak wasangka.
Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak
Ana.
Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut.
Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku
mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan
sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu? Soalku
agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya
mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan
yang bakal mencorakkan masa depanku.
Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami
membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana
masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu? Ayah
mengemukakan alasannya bertindak demikian.
Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan
kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. Ujar
mak setelah sekian lama membisu.
Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat
anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami?
Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah
tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.
Terang ayah lagi.
Ana..Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri,
menahan rasa.
Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk
kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.
Ini cincinnya, pakailah. Mak meletakkan satu kotak kecil
berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah
bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju
dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku
semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku
telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak
berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk
melihat dunia ini.
Ahhhhgggg ..Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang
manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan
ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut
untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari
lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang
belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.
Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu. Ujar
ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang
solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru
agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar
dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki
saf bersama emak, kakak dan adik.
Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku
untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia
merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi
permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam
solat maghrib kami pada malam itu.
Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan
bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu.
Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih.
Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah
jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan
kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau
pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan
suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan
jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah
selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan
tangan.
Bang, maafkan Ana! Bisikku perlahan sewaktu mencium
tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang. Ujarnya sambil
tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman
rumah.
Abang nak kemana tu? Soalku.
Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.
Ada sikit lagi. Jawabnya.
“Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.â€Aku
kesian melihatnya, keletihan.
Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah. Sampuk
ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui
sarananku itu.
Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.
Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas
beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.
Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku
mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari
kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan
mula mengelap meja.
Bila Ana turun? Soalnya apabila menyedari aku sedang
mengelap meja.
Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar
Ana datang.
Maafkan abang sayang. Dia menghampiriku.
Sayang tak marahkan? Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku
erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda
aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman
di pipiku.
Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita. Rungkutku
tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
Apa nak malu,
kan sayang ni isteri abang. Jawabnya tersenyum.
Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita
berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.
Betul ni? Soal suamiku cepat-cepat.
Ish..;gatal la abang ni! Dia
cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.
Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali
dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih
hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa
aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas
perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku
takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia
dalam hidup suamiku.
Apa yang Ana menungkan ni? Soalan itu mengejutkan aku dari
lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah
setelah selesai mengemas barang-barang.
Abang ni, terkejut Ana tau! Aku buat-buat merajuk.
Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.
Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah. Usiknya sambil
mencubit pipiku.
Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan
nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!
Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak
nak memujuk aku.
Sayang. Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.
Sayang nak honeymoon kemana? Tak terfikir pulak akau
pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
Ana ikut aje kemana abang nak bawa.
Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?
Guraunya.
Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli
set bajunya nanti? Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
Nanti sayang nak berapa orang anak? Soalnya lagi
setelah ketawanya reda.
Abang nak berapa? Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?
Ish abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke? Sekali
lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang
ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.
Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.
Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
Ni yang buat abang tambah sayang ni. Satu lagi kucupan
mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami
yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.
Zul, Ana! Jom kita makan dulu! Suara mak memanggil.
Mari bang! Ana pun dah lapar ni. Ajakku sambil memimpin
tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi
hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan
tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan
kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal
pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki
yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil
mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.
Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan
dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak
sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan
buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal
dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan
anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku?
Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?
Bahagiakah aku bila bersamanya nanti? Bertalu-talu persoalan demi persoalan
menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku
tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan.
Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
dalam menentukan masa depan hidupku.
Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang
tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku
redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang
menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.
Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada
seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku
rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah
akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar.
Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
Masuklah, pintu tak berkunci. Aku bersuara perlahan.
Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan
perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama
abang? Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala
ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa
jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
Habistu apa yang sayang menungkan ni?
Ana takut bang! Itulah aku rasa jawapan yang tepat
bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan
tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.†Pujuk suamiku.
Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai
isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan
abang. Ana takut..Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku
telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku
menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya.
Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah
sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.
Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam
melekit. Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala
serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu
ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa
bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi
yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
Ayah, mak! Ana dah buat keputusan. Beritahuku sewaktu kami
sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang
menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
Keputusan tentang apa? Soal ayah inginkan kepastian.
Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
Pasal peminangan tu. Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan
perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat
setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan
arah perjalanan hidupku.
Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang
ayah dan emak pilih. Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.
Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya
dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya
pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau
pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya
emak yang tahu hakikatnya.
Syukurlah, moga Ana bahagia nanti. Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir
ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih
baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
Nanti mak kenalkan dia pada Ana. Ujar emak sambil tersenyum
kerana keputusanku memihak kepada mereka.
Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu
aje. Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab
Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada
menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai
suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku
berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
Kenapa pula macam tu?
Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya. Ayah
mempersoalkan keputusanku itu.
Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima
pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan
kehendak Ana pula? Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan
tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian
persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.
Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan
penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum
ke arahku.
Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.
Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
Baik bang. Bang, ni baju abang. Ujarku sambil bangun untuk
ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah
dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
Patutlah. Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke
dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji
gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.
Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing
tanah. Cuma kat luar
sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya
kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku
sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir
bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja
menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku
menghulurkan gelas air kepadanya.
Bang .Seruku.
Ada apa sayang? Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu
kearahnya.
Malam ni abang nak..nak ..Agak segan untuk kuteruskan
pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya Nak apa
sayang? Soalnya lagi sambil tersenyum.
Ah..abang ni Aku malu sendirian apabila melihat suamiku
seolah-olah dapat membaca fikiranku.
Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?
Bisiknya ketelingaku.
Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk
melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku
cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang
mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
Assalamualaikum, wahai pintu rahmat! Bisik suamiku.
Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia . Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan
seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam
tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku
mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak
bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang
lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu
adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah
membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan
tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah
terhadapku. Aku
cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk
melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku
bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan
jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda:
Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu
apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan
memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.
Rasulullah bersabda:
Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga
suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.
Rasulullah bersabda:
Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di
antara segala yang bermanfaat di dunia.
Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang
beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap
keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri
terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila
bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya
itu.
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah
sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah
suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan
persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi
seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang
berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan
dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum
memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu
keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk
menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.
Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang
tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami
ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita
semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya
akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di
hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu
ditunaikan oleh setiap orang.
Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari
tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang
bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas
bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
Abang tak apa-apa? Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula
risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak
aku ketahui.
Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot. Jelasnya. Mungkin
juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas
mencurah lebat semalam.
Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita
untuk berjemaah di luar tu. Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan
pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh
tubuhku itu.
Nakallah abang ni. Aku bangun mencapai tuala dan terus ke
bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.
Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku
menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih
berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam.
Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik
batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan
perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka
suamiku agak kepucatan.
Kenapa ni bang? Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..
Zul sakit ke?Tanya ayah.
Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca
kot.Jawabnya.
Nanti Ana ambilkan ubat. Aku bangun ke dapur untuk
mengambil ubat dalam rak ubat.
Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di
rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa
berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan
sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang
sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
Terima kasih. Ucapnya perlahan. Aku angguk.
Abang berehatlah. Ujarku sambil membaringkan badannya ke
atas tilam.
Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.
Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa
susah.
Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini.
Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang
minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.
Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia
berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah. Pujukku walaupun sebenarnya
hatiku memang runsing dengan keadaannya.
Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan
saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang. Sambung suamiku tanpa
menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan.
Entah darimana ia berputik.
Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea
Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya. Ujarnya perlahan.
Abang tidurlah. Aku menarik selimut untuk menyelimutinya.
Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat
kamit membacakan sesuatu.
Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan
tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang
memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis
dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan
ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.
Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati,
rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia
berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah
terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu,
rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku
kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah
meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan
tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan.
Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan,
berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku
menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.
Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je
mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku
tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang
berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya
hanyalah jasad yang terbujur kaku.
Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka
tinggalannya buat Ana. Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil
memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku.
Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya
pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki
rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini.
Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah
diwasiatkan oleh suamiku buatku.
Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh.
Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat
kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu.
Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.
Amin..
Seruling Senja
No comments:
Post a Comment